Nasib baik ada blog ni.. blh jugak aku curahkan perasaan..
Beban kerja...
Iya.. sememangnya aku tertekan dengan beban kerja yang menimbun nimbun sekarang ni.. Kadang-kadang rasa tak terdaya untuk aku pikul. Rasa tak tergalas oleh aku sebagai wanita, isteri dan ibu untuk menggalasnya.. 24 jam sehari dan 7 hari seminggu badan dan minda aku seorang perempuan ini terpaksa bekerja keras tanpa sebarang rehat..
Ketika semua orang lena malam hari.. aku lebih 4 kali semalaman bangun menjaga anak, membuat susu, mendodoi anak dan menyusukan si kecil. Ketika semua org masih tidur, aku dah bangun, menyiapkan kelengkapan anak-anak, mengemas rumah mana yang termampu kemudian menghantar anak ke rumah pengasuh.
Kemudia aku mulakan tugas aku sebagai pekerja sehingga petang hari tanpa sempat untuk aku berehat seketika. Tepat 5 ptg, aku mula meninggalkan pejabat dan tugas sebagai ibu bermula kembali. Selesai mengambil anak, aku mula kelam kelibut mengemas beg2 anak, mengemas rumah dan menyediakan makanan untuk anak. kemudian melayan kerenah mereka, bermain-main dengan mereka, mendidik mereka menjadi anak yang baik. Kemudia dunia malam aku bermula seperti di atas.
Bilakan masa rehat aku?? Tension?? iya aku sangat tension.. tapi xboleh.. kalau aku tak sihat siapa nak jaga anak2 aku... mcm mana dgn rumah, kerjaya... iya... aku kene sihat..
SOKONGAN????
aku sangat perlukan sokongan.. aku perlukan sokongan dia.. tapi acapkali aku kecewa... terutama hari ini. aku amat perlukan sokongan dia.. kerana aku lemah, aku penakut... tapi terpaksa aku gagahi juga.. terpaksa aku tempuh juga. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ini..
Ya Allah, kau tabahkanlah hati hambamu ini. Kau permudahkanlah urusah hidup hambamu ini.. Kau berkatilah dan rahmatilah aku dan keluarga..
Semoga aku terus tabah... hilang sikit tension bila blh luahkan walau hanya pada blog ini...